Pada hari Khamis bertarikh 22/6/2017, telah bermulanya kelas pertama kami bersama Puan NorHafiza. Pada hari pertama kelas ini, kami berkenalan dan bertanya serba sikit latar belakang pensyarah kami. Selepas sesi berkenalan, kami mulakan pembelajaran bersama.
Antara pembelajaran pada hari tersebut adalah:
- Kronologi pembukaan Melaka
- Latar Belakang Sejarah Awal Negara
- Faktor Kejatuhan
Wednesday, 5 July 2017
Pengenalan Kepada Ahli Kumpulan
Kami merupakan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru sesi Jun 2017 dan berada didalam kelas DIB 1A. Mata pelajaran adalah Pengajian Malaysia dan pensyarah kami adalah Pn. Norhafizah. Ahli kumpulan Daeng Ibrahim yang dianggotai oleh:
Muhammad Nazran Bin Roslan
Nama penuhnya adalah Muhammad Nazran Bin Roslan dan boleh panggil dengan panggilan Yan sahaja. Berasal dari Pekan, Pahang. Merupakan ketua bagi kumpulan Daeng Ibrahim ini. Seorang yang bertanggungjawab dan mampu melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.
Anis Wajdiah Binti Ibrahim
Nama diberikan adalah Anis Wajdiah Binti Ibrahim dan boleh panggil Anis. Seorang yang rajin dan senang untuk bekerjasama dalam ahli kumpulan.Senang juga untuk menerima pendapat daripada orang lain. Mudah juga melaksanakan kerja yang diberikan. Sentiasa juga menyokong pendapat orang lain.
Noor Nabilah Binti Shuhami
Nama asalnya ialah Noor Nabilah Binti Shuhami dan lebih dikenali sebagai nabila . Berasal daripada Kulim, Kedah tetapi menetap di Pulau Pinang . Seorang yang berbadan agak rendah tetapi bersifat peramah . Mudah bergaul dengan semua oarang termasuk dengan orang yang baru dikenali .
Fatin Amelia Binti Muhammad
Nama diberi Fatin Amelia bt Muhammad, boleh panggil fatin atau tinnnn.Berasal dari Senai Johor Bahru.Seorang yang mudah bergaul dengan ramai orang.Berani tampil kehadapan untuk meluahkan sesuatu pendapat.Setiasa bersedia menyiapkan tugasan yang diberi.
Preya Tharushiny a/p Murugan
Nama diberikan adalah Priya Tharushiny a/p Murugan dan boleh panggil Riya sahaja. Berasal daripada Bahau, Negeri Sembilan. Hobinya adalah suka bermain badminton dan membaca novel. Merupakan seorang yang mudah bergaul dengan ramai orang.
Ros Arisha Binti Taufik
Nama diberi Ros Arisha Binti Taufik dan boleh panggil Ros. Berasal dari Kulai, Johor. Seorang yang berfikiran terbuka dan boleh menerima segala pendapat atau cadangan daripada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)