Wednesday, 20 September 2017

Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan 2017

Pada 17 September 2017, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan . Majlis ini telah berlangsung pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti, ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Hafidzi Mohd Noor, penceritaan pengalaman oleh beberapa ahli MPP dan penyampaian hadiah.

Sebelum berlangsungnya majlis ini, kami semua diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Johor dan lagu Politeknik. 

Semasa ceramah dijalankan, topik  yang dibincangkan ialah mengekalkan riwayat negara dan bangsa. Prof Madya Hafidzi Mohd Noor menerangkan sedikit sebanyak tentang negara dan masyarakat kita pada hari ini. Selain itu, beliau juga telah menyedarkan kami semua dengan memberi kesedaran tentang kepentingan mencintai tanah air daripada mengagungkan negara lain. Selepas ceramah ini selesai, kami pelajar Politeknik diberi peluang untuk mengajukan apa-apa soalan untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut. 

Ceramah tentang Kemerdekaan oleh Prof Madya Hafidzi Mohd Noor

Penceritaan pengalaman dari beberapa orang ahli MPP


Penyampaian hadiah bagi pemenang baju patriotik yang paling menarik

Wednesday, 13 September 2017

Datuk Jaafar Bin Hj Muhammad

Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad. Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.Lima anaknya menjadi Menteri Besar Johor.
Beliau mempunyai lima isteri . Isteri 1 :Esah bte Ibrahim; 3 Wan Emon bte Abu Talib; 5 Datin Selamah Ambak ;Rogayah Hanim
Anaknya Dato' Abdullah Jaafar juga menjadi Menteri Besar Johor ke-3.(September 1923 - 1928). Dato Abdullah adalah anak Wan Emon. Dato Abdullah 'berbeza pendapat' dengan Sultan lalu mengundurkan diri dan tinggal di Singapura. Selepas itu Dato' Mustapha Jaafar menjadi Menteri Besar Johor dari 16 September 1928 - 23 November 1931.Mustapha adalah anak Jaafar dengan isteri pertamanya Esah bte Ibrahim.
Sepupunya Dato Abdul Hamid Yusof , anak kepada abang Jaafar Muhammad menjadi Menteri Besar Johor ke-5.Menteri Besar ke-6 ialah Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid anak Dato’ Jaafar dengan isteri asal Turki, Rogayah Hanim. Rogayah Hanim adalah janda Ungku Majid, adik Sultan Abu Bakar.
Anaknya, Dato On Jaafar menjadi Menteri Besar Johor ke-7 (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950). Onn Jaafar juga menjadi pengasas UMNO dan hampir menjadi Perdana Menteri Malaysia jika tidak kerana isu kerakyatan jus soli.
Anak perempuannya Dara bt Jaafar menjadi isteri ketiga Sultan Ibrahim. Cucunya Azah Aziz merupakan anak kepada Azizah Jaafar dan isteri Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz



.

Wednesday, 6 September 2017

Lawatan Sambil Belajar

Pada 13 Julai 2017, kami telah menyertai lawatan sambil belajar ke Muzium Tokoh yang bertempat di Johor Bahru. Disini kami lampirkan beberapa gambar semasa berada disana.











Kami juga diberikan tugasan dimana kami dikehendaki untuk membuat video dan memilih salah seorang tokoh untuk diceritakan. Ini merupakan hasil video dari kumpulan kami:



6 / 7 / 2017