Pada 17 September 2017, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan . Majlis ini telah berlangsung pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti, ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Hafidzi Mohd Noor, penceritaan pengalaman oleh beberapa ahli MPP dan penyampaian hadiah.
Sebelum berlangsungnya majlis ini, kami semua diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Johor dan lagu Politeknik.
Semasa ceramah dijalankan, topik yang dibincangkan ialah mengekalkan riwayat negara dan bangsa. Prof Madya Hafidzi Mohd Noor menerangkan sedikit sebanyak tentang negara dan masyarakat kita pada hari ini. Selain itu, beliau juga telah menyedarkan kami semua dengan memberi kesedaran tentang kepentingan mencintai tanah air daripada mengagungkan negara lain. Selepas ceramah ini selesai, kami pelajar Politeknik diberi peluang untuk mengajukan apa-apa soalan untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.
Ceramah tentang Kemerdekaan oleh Prof Madya Hafidzi Mohd Noor |
Penceritaan pengalaman dari beberapa orang ahli MPP |
Penyampaian hadiah bagi pemenang baju patriotik yang paling menarik |
No comments:
Post a Comment